Monday 25 August 2008

Pelaburan

Mengapa anda melabur? Adakah menyimpan sama seperti melabur.Laman ini akan saya gunakan untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman bagaimana untuk melindungi wang anda daripada susut nilai. Walaupun saya bukan orang yang pakar dalam pelaburan atau perniagaan tetapi sedikit sebanyak pengetahuan yang saya telah pelajari dan sedikit pengalaman yang saya ada telah membantu saya terus hidup seperti biasa tanpa perlu memikirkan masalah kewangan atau beban kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Pengajian saya dalam bidang pengurusan sumber dan pengajian pengguna di sebuah universiti tempatan telah banyak membantu saya menguruskan kewangan dengan baik. Saya bukan orang kaya yang layak untuk memberi nasihat untuk anda menjadi kaya, tetapi saya adalah orang senang untuk memberikan anda nasihat bagaimana untuk hidup tidak kaya tetapi senang. Tidak perlu bekerja tanpa rehat tetapi kepala masih perlu berfikir bagaimana untuk hidup senang. Tetapi bekerjalah seperti orang biasa yang sentiasa rasa senang dan tenang.
Pokoknya bagaimanakah untuk anda hidup senang jika pendapatan yang anda ada hanya cukup untuk menampung perbelanjaan anda selama 4 minggu atau 5 minggu sahaja. Maksudnya pendapatan anda hanya cukup-cukup untuk sebulan sahaja. Apakah yang perlu anda lakukan untuk hidup senang? Mengorbankan sedikit kehendak anda pada hari ini untuk hidup senang pada hari esok? Ya, tentu sekali. Itupun jika anda tidak ingin bekerja 24 jam. Cuba anda fikirkan. Anda mempunyai pendapatan RM4ribu sebulan, tetapi anda mula ke bekerja pada pukul 8 pagi. Setelah selesai urusan anda pada hari itu anda balik ke rumah. Perjalanan balik ke rumah setelah menempuh kesesakan lalulintas menyebabkan anda tiba di rumah pada pukul 7.30 malam. Setelah membersihkan badan dan makan malam bersama keluarga anda menonton televisyen seketika. Anda tidur pada pukul 10 malam. Ini kerana esok anda perlu bangun awal untuk bekerja lagi. Itulah rutin hidup anda setiap hari. Hmm, bila masa nak guna wang yang anda dapat tu? Hari minggu tak sempat nak ke mana-mana kerana takut penat sebab hari isnin nak bekerja lagi.Anda belilah kereta tak berapa mahal dan rumah tak berapa besar. kereta tak berapa mahal anda hanya digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja. rumah tak berapa besar anda umpama hotel yang hanya dijadikan tempat menginap. Kalau macam tu lebih baik sewa hotel atau beli rumah kecil sahaja.
Adakah anda tahu bahawa wang anda yang bernilai Rm4ribu itu boleh bekerja untuk anda. Nak simpan lagila boleh. Walaupun anda tidak boleh menjadi kaya raya dengan jumlah yang kecil itu tetapi percayalah anda akan boleh hidup senang. Anda tidak perlu berfikir untuk membayar kereta, rumah anda dan juga perbelanjaan dapur anda. Eh,tak perlu bekerja lagi? Betul. Tapi sabarlah sikit. Walau apapun yang hendak dilakukan pokok pangkalnya sabar. Barulah anda boleh hidup senang. Bukan kaya raya, tapi senang.Kerja dulu. Kalau tak mana nak dapat duit. Kereta dan rumah pun kena bayar sendiri dulu. Bukan susah nak senang tapi senang je kalau nak susah.
Nak Hidup Senang? Mulakan dengan langkah 1
Langkah 1.
Simpan sedikit pendapatan anda tu.
Contoh pengiraan yang cukup senang.
RM4000 anda dibelanjakan ke mana? Belanja ajelah…ada lebih simpan la sikit…itulah salah anda…jangan takut untuk menyalahkan diri anda kerana selama ini anda tidak tahu bagaimanakah untuk bermula.Sebelum terlambat baik anda mulakan sekarang.
RM4000 itu simpanlan sedikit. 5 peratus pun tidak mengapa. Bermakna anda menyimpan sebanyak RM200 sebulan. Tak kiralah ke dalam mana-mana akaun sekalipun. Jadi wang anda hanya tinggal Rm3800 sahaja. Andaikan anda membayar hutang rumah sebanyak RM800 dan kereta RM500. Jumlahnya ialah RM1300 sebulan. Wang anda hanya tinggal RM2500 sebulan. Petrol dan tol anda ialah sebanyak RM600 sebulan. Wang anda hanya tinggal RM1100 sebulan.Bil elektrik, air dan telefon mungkin mencecah RM200 sebulan. Jadi wang anda berbaki RM900 sebulan. Itulah yang boleh anda belanjakan untuk makan, minum dan makan angina.Wang itu pasti akan habis dibelanjakan. Jangan belanja dulu. Anda kena ingat, anda perlu ada wang untuk waktu kecemasan atau terdesak. Waktu-waktu sebegitu tidak datang selalu. Jadi simpanlah lagi RM50 daripada pendapatan anda untuk waktu-waktu seperti itu. Jangan simpan dalam akaun yang sama dengan akaun wang 5 peratus tadi. Wang 5 peratus tadi jangan sekali-kali anda keluarkan. Lupa nak beritahu. Mak di kampung siapa nak tanggung kalau bukan anda? SIKSANYA NAK BUAT MACAM NI!!!!.Tentukan itu yang anda fikirkan. Memang siksa. Saya pun tak buat macam ni. SIKSA!!!!
Langkah 2
Langkah ni kurang menyiksa diri bagi yang baru bekerja dan tiada tanggungan hutang seperti kereta, rumah dan keluarga.Pendapatan anda RM2000. Jangan mulakan hutang.Habis? Bagaimana aku nak ada kereta dan rumah macam kawan-kawan yang lain? Isshh! Nak naik bas hari-hari pergi kerja? Nak tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan sampai bila? Taknak aku. Jatuh standard aku sebagai “Eksekutif Bank”. Kerja bank…tak payah nak susah-susah fikir pasal duit. Boleh pinjam pinjaman peribadi ni. Boleh pinjam. Sebab SAYA PUN PINJAM. Nak buat apa duit tu? Nak dihabiskan? Habiskanlah. Buat apa nak simpan. Bujang lagi. Buat apa nak simpan duit. Dah kahwin esok simpanlah duit. Boleh ke? Nanti tak sempat kahwin dah hutang berlambak. Nak kahwin pun kena hutang.Tak dapat bayar hutang isteri bank tarik.
Anda boleh membeli kereta dan rumah.Tapi sebelum membeli kereta dan rumah. Jangan fikir nak bayar sendiri kereta dan rumah tu. Apa kata kalau saya mencadangkan supaya anda membuka akaun ASB yang susah nak buat anda jadi kaya tu.Risiko kerugian hampir tiada.
Berapa anda boleh pinjam untuk gaji RM2000 sebulan? Anda boleh membuat pinjaman sehingga 60 peratus potongan gaji anda. Pergi bank buat kiraan. Kalau anda ke bank anda boleh pinjam RM50000 untuk pelaburan ASB tanpa perlu menunjukkan slip gaji anda. Ada IC dan Buku ASB dah cukup. Untung ke? Boleh kaya ke? JAWAPAN : Tak untung dan tak boleh kaya. Habis bang? Buat apa nak melabur? Ini rahsianya:
Jika anda pinjam RM50000 daripada bank untuk ASB.
Pulangan yang anda dapat selepas setahun ialah 8 – 9% setahun atau RM4000 sehingga RM4500. Itu lebih kurang RM333 sehingga RM375 sebulan. Anda bayar sebulan lebih kurang RM400. Pendapatan anda RM2000-RM400=RM1600. Banyak lagi. Tapi rugilah macam ni.Untung takde. Buatpe nak bayar? Tak payah bayarlah. Nak pinjam tetapi taknak bayar. Macam mana tu?
Kita buat macam ni. RM4000 tu jangan keluarkan. Simpan dulu.Dapat tahun depan pun simpan lagi RM4000+RM4000=RM8000. Salah kiraan anda tu. RM4000 yang dah ada tu akan jadi RM4320.Kan dividennya setiap tahun. Jadi jumlahnya RM8320. baru 2 tahun. Tahun ke 3 RM8985+4000 = RM12985.60. Anda dah bayar berapa RM selama tiga tahun tu? RM400 X 36bulan = RM14400. rugi…. Ya ke rugi…anda lupa..RM50000 yang anda pinjam tu masih ada..RM50000+RM12985.60=RM62985.60. Dah banyak wang anda.cuba kira tahun keempat berapa RM anda akan dapat daripada RM62985.60 tu..lebih kurang RM5038.84.Sebulan anda akan dapat lebih kurang RM419. Anda bayar RM400 sahaja. Dah untung RM19 sebulan. Tunggu 4 tahun? Lama tu. Tak mengapa.Duit RM400 tu boleh anda gunakan untuk bayar pinjaman . RM19 simpan.Apalagi? Setakat nak kereta nasional dah boleh tu.Tak rugi sebab dividen ASB yang bayar pinjaman ASB anda sekarang.20 tahun lagi RM50000 tu tetap anda akan dapat. Duit tak habis kereta pun dapat. Apa yang anda nak lagi? Nak kereta bagus sikit? Pinjam lebih sikit. Tak rugi jika anda menangguh demi kesenangan anda di masa hadapan. Tapi sabarlah dulu sebelum nak membeli apa2 sekalipun.Kalau nak kahwin pun dah tak payah berhutang. ASB bayar hantarannya.
KEPADA YANG DAH ADA KELUARGA DAN DAH BUAT HUTANG BAGAIMANA?
Apa kawan-kawan nak susah? Kawan-kawan masih ada RM200 sebulankan? Takkan nak simpan je. Kalau berani tanggung risiko pinjam la untuk ASB. Tak payah slip gaji pun kalau setakat Rm30000. Pinjam 20 tahun pun takpe. Bank untung 6 peratus setahun. Anda untung 8-9 peratus setahun. Tapi ingat duit keuntungan anda jangan dikeluarkan. Sehingga tahun kelima. Kalau saya memang tak payah keluarkan sehingga habis bayar hutang. Anda akan tengok dalam akaun ASB anda jumlah yang anda tidak jangkakan.
Pendapatan saya taklah sebanyak mana. Tapi hasil daripada pelaburan saya adalah sebanyak pendapatan gaji saya buat masa ini. Hasil kesabaran pendapatan saya akan bertambah setiap bulan.Ingat, bukan setiap tahun. Tapi setiap bulan. Banyak saham amanah yang diwujudkan oleh pihak bank buat masa ini. Koperasi juga banyak. Pilihlah yang mana boleh membantu untuk meningkatkan pendapatan anda. Ada yang risiko tinggi tetapi pulangan juga tinggi. Ada yang risiko rendah. Walaupun pelaburan risiko rendah menawarkan pulangan yang rendah, dengan kaedah yang betul dan sedikit kesabaran “WANG ANDA PASTI BOLEH BEKERJA UNTUK ANDA”.KALAU NAK CERITA PANJANG LAGI E-MAIL SAYA JE LA. Sekian.

No comments: