Thursday 14 August 2008

Titian Hidup

Hidup ini umpama terbang di angkasa. Bila memandang ke bawah bukan semuanya damai. Kadang-kadang pandangan kita indah. Laut membiru nan luas saujana mata memandang. Sawah padi menghijau umpama hamparan permaidani gergasi. Kadang-kadang mata kita terpana. Gunung-ganang yang ditarah, sungai-sungai lumpur mengalir, hutan hijau yang pudar hijaunya.
Inilah hidup bisik hatiku. Kita ingin bahagia. Tapi bilakah kebahagian sebenarnya kan menyinari hidup ini? Jawapannya ada dalam diri. Tempuhi segalanya. Laut yang biru dilayari, sawah yang hijau dijejaki, gunung-ganang tandus didaki, sungai-sungai lumpur direnangi, hutan yang pudar hijaunya diredah. Duka mengajar kita erti bahagia. Bahagia pula seharusnya mengingatkan kita agar jangan lalai dan alpa. Itulah betapa indahnya hidup. Hanya orang yang faham hikmahnya akan mengecapi ertinya yang sebenar. Jangan kita menyalahkan diri atau takdir apabila ditimpa kesusahan dan jangan kita bangga apabila diberikan nikmat. Semua itu hanya sementara. kerana selagi kita masih bernyawa. Laut dan sungai tetap akan kita temui, gunung-ganang dan hutan belantara belum pasti. Pasti dan mesti....hidup ada duka ada bahagia. Bukan kerana harta bertimbun di sana bahagia. Bukan kerana 'tiada' kita duka. Duka dan bahagia berbeza bagi setiap manusia.

No comments: