Friday 11 October 2013

1 GRAM SETIAP BULAN

Saturday 20 September 2008

Pelaburan 2

Anda mungkin sakit kepala membaca rencana saya terdahulu mengenai pelaburan ASB melalui pinjaman bank. Tidak mengapa. Buat masa ini saya sedang menyiapkan perisian ringkas untuk membantu anda membuat pengiraan pelaburan. Anda boleh muat turun perisian ini dalam tempoh terdekat. Saya yakin perisian ini nanti akan dapat membantu anda membuat pengiraan tanpa sakit kepala ataupun migrain. Jadi jenguk-jenguklah Saujanahati dalam tempoh terdekat ini. Sama-sama kita berkongsi pengetahuan demi meningkatkan kecekapan pengurusan ekonomi diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Wsalam.

Insurans

Ada kawan saya cukup takut kalau ada agen insurans nak jumpa dia. Saya pun tak tau kenapa orang macam dia takut sangat nak jumpa agen insurans. Jadi saya bertanya. Memang dia takut jumpa agen insurans sebab katanya cerita pasal mati je. Patutla. Mungkin cara agen-agen insurans ni promosikan produk insurans ni tak sesuai.
Saya ingat lagi semasa saya masih belajar dulu. Saya minat nak tau mengenai insurans ni. Jadi saya memohon latihan praktikal di salah satu agensi insurans. Selama 3 bulan saya di sana sempatlah juga saya mengambil peperiksaan di bawah kelolaan Institut Insurans Malaysia. Alhamdulillah saya lulus tanpa perlu baca apa-apa bukupun. Selama 3 bulan jugalah saya mendalami maksud sebenar dan tujuan insurans ni diadakan. Agensi ni merupakan agensi insurans nyawa. Nyawa?
Sedikit sebanyak saya nak cerita di sini, tujuan insurans ni bukan untuk menilai atau membayar harga nyawa kita. Nyawa anda tidak ternilai. Tapi insurans ni sebenarnya bertujuan menilai risiko yang akan berlaku kepada orang di bawah tanggungan anda sekiranya berlaku musibah kepada diri anda. Tak kiralah sama ada anda sakit, kemalangan, mengalami kecacatan ataupun kematian. Cuba anda tanya diri anda sendiri, apakah yang akan berlaku kepada tanggungan anda sekiranya ini berlaku kepada anda. Siapakah lagi yang ada untuk mereka mengadu? Mungkin masih ada keluarga. Tetapi berapa banyak sangat yang boleh diberikan oleh keluarga, terutamanya bantuan kewangan?
Di sinilah pentingnya insurans. Pada masa ini ada dua jenis insurans iaitu konvesional dan takaful. Walaupun pendekatannya berbeza namun tujuannya sama iaitu mengurangkan risiko tangunggan anda apabila anda ditimpa musibah.
Pada masa saya mula bekerja dulu, setelah mendapat gaji pertama saya terus mencari agen takaful. Saya mengambil polisi yang sesuai untuk saya.
Apabila anda mengambil sesuatu polisi insurans, anda perlu membuat sedikit bayaran yang dinamakan premium untuk menampung risiko yang mungkin berlaku. Jangan lupa letakkan nama pewaris atau bakal penerima wang tuntutan nanti. Jika berlaku musibah kepada anda, tanggungan anda boleh menuntut bayaran insurans. Bayaran itulah yang boleh digunakan untuk tanggungan anda sama ada untuk menampung hidup dengan membuat pelaburan ataupun perniagaan. Sebelum risiko menimpa anda nasihatkanlah kepada tanggungan anda agar tidak membelanjakan bayaran tuntutan insurans yang bakal diterima kelak sewenang-wenangnya. Gunakan dengan berhemah. Kadang-kadang orang kita akan menghabiskan serta-merta wang yang banyak kepada kehendak. Dahulukan keperluan, jangan dahulukan kehendak. Jika anda rasa insurans ini penting untuk anda. Mulakan langkah segera sebelum musibah menimpa. Hanya anda sendiri boleh membantu keluarga anda. Carilah agen insurans yang boleh dipercayai dan syarikat insurans yang kukuh. Pilihlah polisi yang sesuai untuk anda. Agen insurans boleh membantu anda untuk mendapatkan polisi yang sesuai. Saya bukan agen insurans tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk kesenangan anda dan keluarga di masa hadapan. Jangan lupa ada sesetengah polisi akan membayar anda apabila anda dimasukkan ke hospital. Banyak lagi keuntungan apabila anda mengambil polisi insurans. Rujuklah agen yang berkelayakan. Demi keluarga dan anda. Jangan anda tinggalkan keluarga anda dalam kesusahan suatu masa nanti.

Wednesday 17 September 2008

Kisah Cinta

Ada sepasang kekasih yang berbeza fizikalnya. Si daranya buta manakala si terunanya sempurna penglihatannya. Si dara berjanji hanya akan berkahwin dengan kekasihnya jika dia dapat melihat rupa kekasihnya. Nasib si dara agak baik. Ada insan yang sanggup mendermakan mata untuknya melihat. Setelah semua ujian dan pembedahan berjaya, maka si dara dapat melihat dengan baik. maka datanglah dia kepada kekasihnya. terkejutlah dia apabila dia melihat kekasihnya buta. Kekasihnya bertanya sama ada dia masih mahu mengahwininya atau tidak. Si dara membuat keputusan tidak akan mengahwini kekasihnya kerana kekasihnya buta. Maka kekasihnya berkata, awak sudah dapat melihat, JAGALAH DAN GUNAKANLAH MATA SAYA BAIK-BAIK YA.
Moralnya-di dunia ini tidak segalanya indah. Ada sahabat atau kekasih yang akan bersama kita semasa kita senang sahaja. Tetapi apabila kita susah kita ditinggalkan. Maka berhati-hatilah memilih sahabat, kerana sahabat sejati akan senantiasa bersama kita walau susah ataupun senang.

Tuesday 2 September 2008

Sabar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.”



- Riwayat Bukhari

Monday 25 August 2008

Pelaburan

Mengapa anda melabur? Adakah menyimpan sama seperti melabur.Laman ini akan saya gunakan untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman bagaimana untuk melindungi wang anda daripada susut nilai. Walaupun saya bukan orang yang pakar dalam pelaburan atau perniagaan tetapi sedikit sebanyak pengetahuan yang saya telah pelajari dan sedikit pengalaman yang saya ada telah membantu saya terus hidup seperti biasa tanpa perlu memikirkan masalah kewangan atau beban kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Pengajian saya dalam bidang pengurusan sumber dan pengajian pengguna di sebuah universiti tempatan telah banyak membantu saya menguruskan kewangan dengan baik. Saya bukan orang kaya yang layak untuk memberi nasihat untuk anda menjadi kaya, tetapi saya adalah orang senang untuk memberikan anda nasihat bagaimana untuk hidup tidak kaya tetapi senang. Tidak perlu bekerja tanpa rehat tetapi kepala masih perlu berfikir bagaimana untuk hidup senang. Tetapi bekerjalah seperti orang biasa yang sentiasa rasa senang dan tenang.
Pokoknya bagaimanakah untuk anda hidup senang jika pendapatan yang anda ada hanya cukup untuk menampung perbelanjaan anda selama 4 minggu atau 5 minggu sahaja. Maksudnya pendapatan anda hanya cukup-cukup untuk sebulan sahaja. Apakah yang perlu anda lakukan untuk hidup senang? Mengorbankan sedikit kehendak anda pada hari ini untuk hidup senang pada hari esok? Ya, tentu sekali. Itupun jika anda tidak ingin bekerja 24 jam. Cuba anda fikirkan. Anda mempunyai pendapatan RM4ribu sebulan, tetapi anda mula ke bekerja pada pukul 8 pagi. Setelah selesai urusan anda pada hari itu anda balik ke rumah. Perjalanan balik ke rumah setelah menempuh kesesakan lalulintas menyebabkan anda tiba di rumah pada pukul 7.30 malam. Setelah membersihkan badan dan makan malam bersama keluarga anda menonton televisyen seketika. Anda tidur pada pukul 10 malam. Ini kerana esok anda perlu bangun awal untuk bekerja lagi. Itulah rutin hidup anda setiap hari. Hmm, bila masa nak guna wang yang anda dapat tu? Hari minggu tak sempat nak ke mana-mana kerana takut penat sebab hari isnin nak bekerja lagi.Anda belilah kereta tak berapa mahal dan rumah tak berapa besar. kereta tak berapa mahal anda hanya digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja. rumah tak berapa besar anda umpama hotel yang hanya dijadikan tempat menginap. Kalau macam tu lebih baik sewa hotel atau beli rumah kecil sahaja.
Adakah anda tahu bahawa wang anda yang bernilai Rm4ribu itu boleh bekerja untuk anda. Nak simpan lagila boleh. Walaupun anda tidak boleh menjadi kaya raya dengan jumlah yang kecil itu tetapi percayalah anda akan boleh hidup senang. Anda tidak perlu berfikir untuk membayar kereta, rumah anda dan juga perbelanjaan dapur anda. Eh,tak perlu bekerja lagi? Betul. Tapi sabarlah sikit. Walau apapun yang hendak dilakukan pokok pangkalnya sabar. Barulah anda boleh hidup senang. Bukan kaya raya, tapi senang.Kerja dulu. Kalau tak mana nak dapat duit. Kereta dan rumah pun kena bayar sendiri dulu. Bukan susah nak senang tapi senang je kalau nak susah.
Nak Hidup Senang? Mulakan dengan langkah 1
Langkah 1.
Simpan sedikit pendapatan anda tu.
Contoh pengiraan yang cukup senang.
RM4000 anda dibelanjakan ke mana? Belanja ajelah…ada lebih simpan la sikit…itulah salah anda…jangan takut untuk menyalahkan diri anda kerana selama ini anda tidak tahu bagaimanakah untuk bermula.Sebelum terlambat baik anda mulakan sekarang.
RM4000 itu simpanlan sedikit. 5 peratus pun tidak mengapa. Bermakna anda menyimpan sebanyak RM200 sebulan. Tak kiralah ke dalam mana-mana akaun sekalipun. Jadi wang anda hanya tinggal Rm3800 sahaja. Andaikan anda membayar hutang rumah sebanyak RM800 dan kereta RM500. Jumlahnya ialah RM1300 sebulan. Wang anda hanya tinggal RM2500 sebulan. Petrol dan tol anda ialah sebanyak RM600 sebulan. Wang anda hanya tinggal RM1100 sebulan.Bil elektrik, air dan telefon mungkin mencecah RM200 sebulan. Jadi wang anda berbaki RM900 sebulan. Itulah yang boleh anda belanjakan untuk makan, minum dan makan angina.Wang itu pasti akan habis dibelanjakan. Jangan belanja dulu. Anda kena ingat, anda perlu ada wang untuk waktu kecemasan atau terdesak. Waktu-waktu sebegitu tidak datang selalu. Jadi simpanlah lagi RM50 daripada pendapatan anda untuk waktu-waktu seperti itu. Jangan simpan dalam akaun yang sama dengan akaun wang 5 peratus tadi. Wang 5 peratus tadi jangan sekali-kali anda keluarkan. Lupa nak beritahu. Mak di kampung siapa nak tanggung kalau bukan anda? SIKSANYA NAK BUAT MACAM NI!!!!.Tentukan itu yang anda fikirkan. Memang siksa. Saya pun tak buat macam ni. SIKSA!!!!
Langkah 2
Langkah ni kurang menyiksa diri bagi yang baru bekerja dan tiada tanggungan hutang seperti kereta, rumah dan keluarga.Pendapatan anda RM2000. Jangan mulakan hutang.Habis? Bagaimana aku nak ada kereta dan rumah macam kawan-kawan yang lain? Isshh! Nak naik bas hari-hari pergi kerja? Nak tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan sampai bila? Taknak aku. Jatuh standard aku sebagai “Eksekutif Bank”. Kerja bank…tak payah nak susah-susah fikir pasal duit. Boleh pinjam pinjaman peribadi ni. Boleh pinjam. Sebab SAYA PUN PINJAM. Nak buat apa duit tu? Nak dihabiskan? Habiskanlah. Buat apa nak simpan. Bujang lagi. Buat apa nak simpan duit. Dah kahwin esok simpanlah duit. Boleh ke? Nanti tak sempat kahwin dah hutang berlambak. Nak kahwin pun kena hutang.Tak dapat bayar hutang isteri bank tarik.
Anda boleh membeli kereta dan rumah.Tapi sebelum membeli kereta dan rumah. Jangan fikir nak bayar sendiri kereta dan rumah tu. Apa kata kalau saya mencadangkan supaya anda membuka akaun ASB yang susah nak buat anda jadi kaya tu.Risiko kerugian hampir tiada.
Berapa anda boleh pinjam untuk gaji RM2000 sebulan? Anda boleh membuat pinjaman sehingga 60 peratus potongan gaji anda. Pergi bank buat kiraan. Kalau anda ke bank anda boleh pinjam RM50000 untuk pelaburan ASB tanpa perlu menunjukkan slip gaji anda. Ada IC dan Buku ASB dah cukup. Untung ke? Boleh kaya ke? JAWAPAN : Tak untung dan tak boleh kaya. Habis bang? Buat apa nak melabur? Ini rahsianya:
Jika anda pinjam RM50000 daripada bank untuk ASB.
Pulangan yang anda dapat selepas setahun ialah 8 – 9% setahun atau RM4000 sehingga RM4500. Itu lebih kurang RM333 sehingga RM375 sebulan. Anda bayar sebulan lebih kurang RM400. Pendapatan anda RM2000-RM400=RM1600. Banyak lagi. Tapi rugilah macam ni.Untung takde. Buatpe nak bayar? Tak payah bayarlah. Nak pinjam tetapi taknak bayar. Macam mana tu?
Kita buat macam ni. RM4000 tu jangan keluarkan. Simpan dulu.Dapat tahun depan pun simpan lagi RM4000+RM4000=RM8000. Salah kiraan anda tu. RM4000 yang dah ada tu akan jadi RM4320.Kan dividennya setiap tahun. Jadi jumlahnya RM8320. baru 2 tahun. Tahun ke 3 RM8985+4000 = RM12985.60. Anda dah bayar berapa RM selama tiga tahun tu? RM400 X 36bulan = RM14400. rugi…. Ya ke rugi…anda lupa..RM50000 yang anda pinjam tu masih ada..RM50000+RM12985.60=RM62985.60. Dah banyak wang anda.cuba kira tahun keempat berapa RM anda akan dapat daripada RM62985.60 tu..lebih kurang RM5038.84.Sebulan anda akan dapat lebih kurang RM419. Anda bayar RM400 sahaja. Dah untung RM19 sebulan. Tunggu 4 tahun? Lama tu. Tak mengapa.Duit RM400 tu boleh anda gunakan untuk bayar pinjaman . RM19 simpan.Apalagi? Setakat nak kereta nasional dah boleh tu.Tak rugi sebab dividen ASB yang bayar pinjaman ASB anda sekarang.20 tahun lagi RM50000 tu tetap anda akan dapat. Duit tak habis kereta pun dapat. Apa yang anda nak lagi? Nak kereta bagus sikit? Pinjam lebih sikit. Tak rugi jika anda menangguh demi kesenangan anda di masa hadapan. Tapi sabarlah dulu sebelum nak membeli apa2 sekalipun.Kalau nak kahwin pun dah tak payah berhutang. ASB bayar hantarannya.
KEPADA YANG DAH ADA KELUARGA DAN DAH BUAT HUTANG BAGAIMANA?
Apa kawan-kawan nak susah? Kawan-kawan masih ada RM200 sebulankan? Takkan nak simpan je. Kalau berani tanggung risiko pinjam la untuk ASB. Tak payah slip gaji pun kalau setakat Rm30000. Pinjam 20 tahun pun takpe. Bank untung 6 peratus setahun. Anda untung 8-9 peratus setahun. Tapi ingat duit keuntungan anda jangan dikeluarkan. Sehingga tahun kelima. Kalau saya memang tak payah keluarkan sehingga habis bayar hutang. Anda akan tengok dalam akaun ASB anda jumlah yang anda tidak jangkakan.
Pendapatan saya taklah sebanyak mana. Tapi hasil daripada pelaburan saya adalah sebanyak pendapatan gaji saya buat masa ini. Hasil kesabaran pendapatan saya akan bertambah setiap bulan.Ingat, bukan setiap tahun. Tapi setiap bulan. Banyak saham amanah yang diwujudkan oleh pihak bank buat masa ini. Koperasi juga banyak. Pilihlah yang mana boleh membantu untuk meningkatkan pendapatan anda. Ada yang risiko tinggi tetapi pulangan juga tinggi. Ada yang risiko rendah. Walaupun pelaburan risiko rendah menawarkan pulangan yang rendah, dengan kaedah yang betul dan sedikit kesabaran “WANG ANDA PASTI BOLEH BEKERJA UNTUK ANDA”.KALAU NAK CERITA PANJANG LAGI E-MAIL SAYA JE LA. Sekian.

Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi